Koperasi Kemas Terengganu (KO-KEMAS) Berhad dalam lipatan sejarahnya ditubuhkan pada 18 Januari 1966 dan dikenali dengan nama asal Sharikat Kerjasama Permodalan Keluarga Dewasa Terengganu Dengan Tanggongan Berhad.
Pada 20 Januari 1998 melalui satu pindaan undang-undang kecil telah didaftarkan di bawah subseksyen 18(3)akta Koperasi 1993 dengan nama Koperasi KEMAS Terengganu (KO-KEMAS) Berhad . Di awal penubuhannya, KO-KEMAS adalah pelapor kepada aktiviti koperasi di Negeri Terengganu.
Di awal penubuhan, KO-KEMAS hanya menumpukan kepada aktiviti kredit kepada anggota yang berdaftar. Seterusnya mengorak langkah mempelbagaikan aktiviti bagi mengaktifkan dan menjana pendapatan dengan aktiviti-aktiviti seperti Penjualan & Pengedaran Buku-buku & Pakaian Tabika, Pembangunan Hartanah dan Perladangan.
Pada tahun 2014 KOKEMAS mula melaksanakan aktiviti Ar-Rahnu dan pada tahun 2021 telah melaksanakan aktiviti Farmasi. Manakala pada tahun 2023 aktiviti Homestay dijalankan.