Mulai tahun 2021 KO-KEMAS merangka memusatkan semua aktiviti di Ibu Pejabat dengan mengecilkan beberapa perkara yang difikirkan dapat mengoptimumkan sumber pentadbiran yang sediada dan juga mengoptimumkan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) dalam operasi harian.
Pengurusan KO-KEMAS akan memfokuskan kepada aktiviti yang memberi impak yang berkesan dengan penggunaan tenaga pentadbiran yang minima.
Antara Pelan Cadangan Penambahan Aktiviti 2024 adalah :
Menyediakan Perkhidmatan Takaful Perlindungan Kemalangan kepada Semua Kanak-kanak TABIKA Seluruh Malaysia.
Menyediakan perkhidmatan Buku Latihan TABIKA KEMAS Seluruh Malaysia.
Menyediakan perkhidmatan pembekalan pakaian kepada kanak-kanak TABIKA Seluruh Malaysia.
Menyediakan Perkhidmatan jualan barangan perubatan dan kesihatan.
Kertas konsep Hala Tuju KO-KEMAS 2020 – 2030 ini di rangka dengan tujuan membina kerangka matlamat dan hala tuju KO-KEMAS bermula tahun 2020. Kerangka matlamat ini di bina dan di perjelaskan agar dalam tempoh 10 tahun mendatang, KO-KEMAS mempunyai suatu Pelan Strategik dan Blue Print yang jelas untuk Pengurusan dan ahli KO-KEMAS melihat dan mengapai hasil yang di impikan.
Objektif
Merangka Kerangka Matlamat KOKEMAS untuk 10 tahun
Merangka Pelan Strategik & Blue Print untuk Pengurusan dan ALK melaksanakan segala Perancangan bagi mencapai sasaran dan matlamat.
Membina keyakinan dan kepercayaan bersama ALK bagi memperjuangkan Satu Hala Tuju dan Matlamat.
Menjadikan Kerangka ini sebagai Garis Panduan dalam melaksanakan aktiviti KOKEMAS untuk tempoh 10 tahun.
Pelan Tindakan
Perkhidmatan dan nasihat serta TMP daripada Suruhanjaya Koperasi (SKM)
Memusatkan semua aktiviti KO-KEMAS.
Mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat (IT) dengan meng”upgrade”kan sistem pengurusan dan pentadbiran.
Memperkasakan modal pusingan Ar Rahnu Alamanda
Penubuhan Dana / Tabung Niaga KO-KEMAS
Mengkaji dan meminda keseluruhan peraturan-peraturan Pembiayaan dan di sesuaikan dengan keperluan semasa.
Mengutamakan kebajikan ALK dan Anggota melalui aktiviti Pembiayaan Mudah terutamanya kepada yang ingin memulakan perniagaan.