Matlamat

Bahawasanya, memahami dan menghayati objektif KOPERASI serta falsafah pengurusan KOPERASI ini maka, matlamat di tinta untuk di penuhi melalui KOPERASI iaitu Cekap, Berkualiti dan Menguntungkan serta Merealisasikan Hasrat Anggota :

Untuk memainkan peranan yang positif dalam memajukan ekonomi anggota khasnya dan ekonomi Warga KEMAS Terengganu amnya.

Menjadikan gerakkan KOPERASI sebagai sektor ekonomi yang terpenting kepada Warga KEMAS Terengganu khasnya dan negara amnya.

Mempastikan KOPERASI diuruskan dengan pengurusan yang berkualiti dan berteknologi serta kakitangan yang mahir, bermotivasi dan cekap.

Untuk menggiat dan menggalakkan penabungan wang anggota dan mengoptimumkan pulangan perlaburan anggota dan meningkatkan nilai pelaburan mereka dalam operasi perniagaan KOPERASI.

Untuk berusaha menjadi sebuah KOPERASI yang bertanggungjawab, berprihatin dan menyediakan perkhidmatan sosioekonomi kepada anggota serta merealisasikan objektif penubuhannya.

Untuk menggiat dan menggalakkan pelaburan dan penyimpanan wang serta menyertai bidang keusahawanan oleh anggota-anggota KOPERASI melalui motivasi, pendidikan dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan.